Friday, 22 November 2013

Siapa aku disisiMu....

Allahuakbar...
Sejak dari minggu lalu diri ini dan hati ini amat terkesan dengan segala cerita segala kenangan dan segalanya tentang "Ahmad Ammar"....walau xpenah mengenalinya...tp mengapa hati sangat terkesan dengan cara Allah menyanyangi makhluknya....Ahmad Ammar...begitu sekali dia dimuliakan oleh Allah...mampukah aku sehebatmu Ahmad Ammar....Sedih dan pilu dan tanpa sedar air mata mengalir mengiringi pemergianmu Ahmad Ammar...

Ya Allah...hati berkira-kira bagaimana pula cara aku akan dijemput olehMu...adakah aku sangat bersedia sepertimana Ahmad Ammar..sehebat dia...yang memilih untuk shahid di JalanMu....Aku hanya manusia biasa...bagaimana aku akan dijemput pergi....aku tak tahu...

Ya Allah...kau jadikanlah aku seorang ummatMu yang taat dengan segala perintah dan suruhanMu...Ya Allah kau jadikanlah aku seorang anak yang berjasa buat kedua orang tuaku...Ya Allah kau jadikanlah aku seorang isteri yang taat dan setia hanya untuk suamiku....dan kau jadikanlah aku seorang ibu yang penyayang dan hebat untuk anak-anakku...

Buatmu Ahmad Ammar...terima kasih kerana mengejutkan aku dari 'tidur'...terima kasih kerana tanpa sedar engkau telah menyedarkan aku...dengan kealpaan dunia semata...Moga rohmu tenang disana bersama orang-orang yang beriman.....didunia aku tak sempat mengenali orang hebat sepertimu...moga diakhirat aku akan bertemumu...Terima kasih pada ibu dan ayahmu kerana berjaya mendidik engkau sehingga disayangi begitu banyak manusia....Hebatnya ibu dan ayahmu.....Moga tenang engkau disana....Alfatihah....

No comments:

Post a Comment