Thursday, 18 February 2016

Rasmi sebagai student epjj UiTM - Mac 2016

Assalamualaikum.....

Alkisah nk cite mcm mana selepas 10 tahun tinggalkan segala mak nenek buku2, alat tulis bagai tetiba terjebak balik hehhee. Hasrat nak menyambung belajar bukan baru semalam, bukan bulan  lepas bukan jugak tahun lepas.....tp sejak lepas kawen. Asyik tertangguh dengan bermacam-macam cobaan. Masalah kewangan, pastu mengandung pulak, dari anak 1 sekarang dah jadi 3 hahhahaa.....

So hujung last year bln 11/2015 ade nampak iklan untuk epjj dekat uitm. Lepas survey few university yang paling murah yuran pengajian adalah UiTM.....sebab utama aku pilih UiTM hahaha. Sembang-sembang dengan encik asben katenya dia xmenghalang kalau aku nak sambung buat degree. So aku isi je form online untuk epjj (dalam hati kalau dpt bole pk lagi nak pg ke tak). Due date untuk hantar Borang Online dan segala macam borang pada 08 Januari 2016. Fikir punya fikir punya fikir......07.1.2016 aku submit jugak la borang tu lepas habis fikir dah tu tau. Guna Pos Laju sebab esok dah due date closing application.

Nak jadi cite 11.02.2016 lepas keje ikut encik asben gi main takraw...tgh sedap lepak dapat email suruh cek permohonan samada dapat atau tak. Dengan gelojoh aku cek haha...alhamdulillah dapat. Sekali terpandang tarikh dan hari daftar....omak aiiiiii hari ni khamis pukul 5.00++ dapat email hari sabtu 13.02.2016 dah suruh pg daftar. Mane nk cekau duit daftar dalam mase sehari kan.....so jumaat pagi call ined tanya pasal penangguhan yuran bole ke tak. Kalau xbole niat hati nak postponed je sampai ambilan berikutnya. Alhamdulillah org tu kate kalau xleh nak bayar datang daftar jela dulu, cuma nanti urusan kite di bahagian bendahari tak selesai. Ok nekad nak gi daftar sabtu nie....

HARI PENDAFTARAN 
TARIKH : 13.02.2016
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM

Omaiiiiiii.....ingat sikit2 je yang daftar epjj rupenye ramai gilerrr okay. beratur patbelas kilometer heheh gurau. Tp mmg ramai la xreti nak buat anggaran bape ramai tp mmg penuh la Anjung Seri Budiman tu sampai ade yang berdiri.

Ok sambung, nak bagitau Kaunter-Kaunter yang korang kena habiskan untuk selesaikan pendaftaran sebagai pelajar epjj UiTM.

KAUNTER 1 :
Kaunter 1 paling cepat sebab ambik fail je...tp sebab dah ramai sangat mase beratur tu, kakitangan ined sendiri dtg bagi mase kitaorg tgh beratur. Dalam tu ade fail pelajar kaler hijo, ayor kotak ngan roti. Buat kunyah2 sebelum sampai ke kaunter 2 kekekkee.....

KAUNTER 2 :
Kaunter 2 ni untuk semak korang punya salinan asal sijil-sijil yang korang bagi okay. Walaupun dah post surat semua sijil korang, korang still kena buat salinan sebab kat sana yang salinan dia akan suruh masukkan dalam fail hijo yang dapat tadi, yang original lepas cek ambik balik ler......kang nk sambung master mak nenek semua xde plak yang original. Okay pass yang ni jom gerak kaunter 3.

KAUNTER 3 :
Kaunter ni kaunter bendahari okay, ade 2 bahagian untuk yang belum buat bayaran wang pos RM 12.00 kepada UiTM dok sebelah, yang dah buat bayaran masa untuk proses cek korang punya slip bayaran yuran plak. Macam aku kan buat penangguhan...so kat sini dia akan tanya nak bayar bila dan dia akan tick kat borang aliran kaunter tu penangguhan. Kuss semangat nasib bole kan, riso sebab semua orang dah bayar sebelum daftar okay tu antara syarat yg pihak UiTM highlight banyak kali hehehe....

KAUNTER 4 :
Okay kat sini untuk aktifkan korang punya kad pelajar dan yang berkaitan ICT semua kat sini la, gunanya nanti utk masuk student portal, fine portal utk bio2 semua, untuk iclass dan untuk mcm2 lagi la. Memang sangat cepat prosesnya okay, xdan panas pungkok hehehe....next

KAUNTER 5 :
Akhirnya ini kaunter terakhir. Kat sini pon mmg cepat diorang buat keje hehehe.. kaunter tangkap gambar untuk buat kad pelajar. Pose maut sket senyum lebih kurang, klik....dah siap.

Haaaa........jangan ingat dah habis k!!

Selesai semua ni kena masuk Anjung Seri Budiman untuk sesi taklimat pulak. Terasa la mcm student balik pada hari itu dari pagi sampai pukul 5 dok situ hahahaha. Kad pelajar diorang bagi mase kita pulangkan fail pelajar yang dah lengkap mcm dalam senarai semak diorg tu dan bole balik. Pandai diorg xnak bagi student lari balik separuh jalan diorg bagi kad pelajar mase nak balik hihi bijak2. Ade yang kabor last intake diorg bg awal kad pelajar....ptg dh tinggei sikit yang dengor taklimat hihihihi....Okay malas dah nak taip nanti sambung hehehehe.....babai.

Asssalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment